Terdapat empat faktor egonomik:
1. Perabot.
2. Pencahayaan.
3. Laluan.
4. Vertilasi (pengudaraan).
#1- Perabot.
Perabot utama di pejabat ialah meja dan kerusi kerja. Meja
kerja ketinggian standard ialah 29 – 30 inci tinggi. Meja yang berbucu
melengkung lebih baik daripada meja berbucu tajam.
Manakala meja berbentuk ‘L’ lebih mudah untuk mencapai
semua benda yang diperlukan oleh seorang pekerja.
Apabila menggunakan kerusi kerja, cuba ubah ketinggian
kerusi supaya paras siku selaras dengan permukaan meja. Jika backrest kerusi
tidak selesa, letak kusyen kecil sebagai sokongan.
Armrest kerusi perlu cukup besar (panjang dan lebar)
untuk menyokong dan merehatkan
lengan anda ketika bekerja. Oleh itu, buat pelaburan dalam membeli kerusi
yang selesa, berkualiti, dan boleh dilaraskan setiap komponennya seperti backrest, armrest,
dan seat height.
#2- Pencahayaan.
Percahayaan yang tidak sesuai di dalam pejabat, boleh
mengakibatkan ketidakselesaan pada diri pekerja seperti kekeringan mata,
sakit kepala, dan hilang tumpuan kerja.
Dengan kebanyakan kerja kini dilakukan mengunakan komputer,
kita menerima cahaya daripada skrin monitor dan silau yang berlebihan.
Bagi mengatasi masalah ini, pastikan cahaya pejabat terang tanpa terdapat banyak
bayangan atas meja kerja, kurangkan brightness level skrin
monitor dan pasangkan kemasan tingkap pejabat seperti wood blinds atau vertical
blinds, jika sinaran cahaya matahari terus ke komputer anda.
#3- Laluan
Ruang laluan antara meja kerja yang minima dan selamat ialah kelebaran dua orang berdiri seiring (1,350
mm atau terhad 4 kaki lebar).
Memudahkan dua orang melalui secara serentak atau seorang
pekerja membawa barang tanpa terjadinya pelanggaran dengan meja kerja
atau dinding pembahagi meja kerja tersebut.
#4-Vertilasi (Pengudaraan).
Pengudaraan yang tiada aliran udara boleh mengakibatkan kita
menghirup udara kotor dan pelbagai lagi bau-bauan yang kurang
menyenangkan, yang terkumpul semalaman di dalam pejabat.
Oleh itu, sebelum pejabat mula beroperasi, elok membuka
tingkap untuk udara semulajadi yang segar masuk dan udara kotor keluar.
Selain itu, pastikan suhu dijaga bagi mengelakkan kepanasan akibat suhu panas cahaya
lampu pejabat atau sejuk seperti kutub utara. Servis penyaman udara pejabat
mengikut masa yang ditetapkan dan pasangkan air-freshener untuk
kesegaran bau wangi ruang.